Kata Aluan Ketua Pengarah
Kata Aluan Ketua Pengarah
Umur 0 – 6 tahun selalu disebut fasa ‘Golden Age’. Ya, fasa ini sangat penting untuk menentukan siapakan kita apabila dewasa nanti. 80% perkembangan minda juga terjadi di sini. Penentunya di sini. ‘Rubbish in, Rubbish out’. Sedih sekali fasa Minda ‘Sponge’ kanak-kanak tidak ramai yang ambil tahu dan menyedari hal ini. Ramai yang merasakan anak kecil itu, apa yang dia tahu. Kerana hal inilah kami di Cendekiawan Educare terpanggil untuk membantu ibu bapa yang bekerja yang mahukan Fasa Golden Age anak mereka tidak disia-siakan hanya kerana mereka terpaksa bekerja.
Oleh kerana itu Cendekiawan Educare telah membangunkan modul yang tersusun mengikut tahap untuk anak-anak 3 bulan sehingga 6 tahun. Mempunyai pendidik-pendidik yang professional dan terlatih dan pengurusan team sokongan yang padu bagi memastikan anak-anak di Cendekiawan Educare berkembang secara holistik berpaksikan keunggulan karakter.
Sokongan padu daripada ibu bapa akan mencapai hasrat Cendekiawan Educare untuk melahirkan anak yang berdaya saing dan berkarakter mulia. Semoga Usaha murni ini diberkati Allah dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan Makmur.
NURMAH IBRAHIM
Ketua Pengarah Cendekiawan Educare
TESTIMONI IBU BAPA
APA KATA MEREKA YANG BERSAMA KAMI?
“Ada perubahan yang drastik berlaku pada anak saya. Sebelum ini anak saya mengalami delay speech.”
“Sebelum masuk ke Cendekiawan, Aufa tak berapa boleh nak baca.Tapi bila masuk sini, dia boleh baca.”
“Perubahan yang ketara berlaku pada Aisyah selepas masuk ke Cendekiawan Educare”

Pendaftaran 2025 Kini Dibuka

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.