Teras Pembelajaran
- Utama
- Teras Pembelajaran
TERAS
LEARNING CENTRE
Bahasa Melayu
Al- Quran & Jawi
Fizikal & English
- Kaedah fonik yang mudah dan sesuai dengan jiwa anak selaras dengan pembelajaran di sekolah rendah.
- Melalui kaedah ini anak cepat membaca. Anak-anak seronok untuk meneroka apa saja bahan bacaan yang mereka jumpa dan nampak.
- Anak-anak mula yakin diri dan bangga dengan kebolehan mereka.
- Merangsang perkembangan otak anak dengan pertanyaan melalui tulisan yang dilihat, menjadikan mereka lebih kreatif.
Leadership & Global Awareness
- Pusat ini membentuk anak dalam memahami peranan, tanggungjawab, sumbangan diri sendiri dan orang lain dalam hidup bermasyarakat.
- Mengaktifkan minda anak untuk berpandangan jauh dan kreatif dalam bertindak.
- Anak-anak lebih berdisiplin, beretika dan tahu menghormati guru, ibu bapa dan rakan sebaya.
- Bijak membaca emosi orang lain dan memberikan respon yang sesuai dengan keadaan. ( common sense )
Dengan adanya PUSAT ini anak-anak mula pandai untuk berkawan, bekerjasama, bermain dan juga mereka akan mula menjadi seorang yang aktif.
Science & Discovery
- Anak-anak mula mendapat pendedahan tentang dunia persekitaran yang boleh diterokai dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk saintifik.
- Dengan menggunakan elemen alam seperti Alam Bahan, Alam Fizikal dan Alam Hidupan.
- Membentuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar melalui projek “ Cendekiawan Green House”
Pusat ini membuatkan anak suka untuk mengeksplorasi alam dan meningkatkan pengetahuan tentang sains.
Block & Manipulative
- Memberikan pengalaman bagaimana menjadi seorang yang kreatif dalam menghasilkan rekacipta melalui blok yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.
- Pusat ini membantu meningkatkan kemahiran awal matematik, pemikiran logik dan penyelesaian masalah dalam kehidupan anak-anak
Di sini mereka tahu Konsep Nombor, Operasi Nombor, Bentuk dan Ruang, Konsep Masa dan Waktu dan Nilai Wang.
Komunikasi & Literasi
- Anak-anak didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan dan ransangan dalam meningkatkan kemahiran literasi dan awal dan perbendaharaan kata.
Dengan adanya pusat ini anak-anak mampu menguasai kemahiran komunikasi dengan lebih mantap.
Music & Movement
- Anak-anak dapat meluahkan perasaan tentang diri mereka dan dunia sekeliling melalui, MUZIK, DRAMA dan SENI VISUAL
- Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan juga diterapkan kepada anak-anak di pusat ini.
Seperti kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran manipulasi, pergerakan berirama dan pemakanan.
Islamic Studies
- Pusat ini memberi penekanan terhadap penguasaan asas seperti Al-Quran, Penyuburan Adab dan Akhlak, Penulisan Jawi, Pembentukan Akidah, Pemupukan Ibadah dan Pengenalan pada Sirah
Pusat ini membentuk anak dengan nilai-nilai murni, kasih sayang, dan pegangan pada Allah.
TESTIMONI IBU BAPA
APA KATA MEREKA YANG BERSAMA KAMI?
“Ada perubahan yang drastik berlaku pada anak saya. Sebelum ini anak saya mengalami delay speech.”
“Sebelum masuk ke Cendekiawan, Aufa tak berapa boleh nak baca.Tapi bila masuk sini, dia boleh baca.”
“Perubahan yang ketara berlaku pada Aisyah selepas masuk ke Cendekiawan Educare”