Cendekiawan Educare









NURMAH IBRAHIM

Ketua Pengarah Cendekiawan Educare




KATA PENGARAH

Umur 0 – 6 tahun selalu disebut fasa ‘Golden Age’. Ya, fasa ini sangat penting untuk menentukan siapakan kita apabila dewasa nanti. 80% perkembangan minda juga terjadi di sini. Penentunya di sini. 'Rubbish in, Rubbish out’. Sedih sekali fasa Minda ‘Sponge’ kanak-kanak tidak ramai yang ambil tahu dan menyedari hal ini. Ramai yang merasakan anak kecil itu, apa yang dia tahu. Kerana hal inilah kami di Cendekiawan Educare terpanggil untuk membantu ibu bapa yang bekerja yang mahukan Fasa Golden Age anak mereka tidak disia-siakan hanya kerana mereka terpaksa bekerja.

Oleh kerana itu Cendekiawan Educare telah membangunkan modul yang tersusun mengikut tahap untuk anak-anak 3 bulan sehingga 6 tahun. Mempunyai pendidik-pendidik yang professional dan terlatih dan pengurusan team sokongan yang padu bagi memastikan anak-anak di Cendekiawan Educare berkembang secara holistik berpaksikan keunggulan karakter.

Sokongan padu daripada ibu bapa akan mencapai hasrat Cendekiawan Educare untuk melahirkan anak yang berdaya saing dan berkarakter mulia. Semoga Usaha murni ini diberkati Allah dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan Makmur.




MISI, VISI & VALUES




MISI



  • Kami adalah pakar dalam pembangunan modal insan yang holistik

  • Membantu kanak kanak menemukan makna kehidupan sehingga terbentuk karakter unggul

  • Memperjuangkan masyarakat bermoral tinggi dan dihormati di peringkat global










VISI



Menerajui pembangunan modal insan yang holistik dari segi IQ, EQ dan SQ yang selari dengan kehendak ibu bapa yang ingin melahirkan anak yang berdaya saing dan berkarakter mulia


VALUES



  • PASSION
  • PROFESSIONALISM
  • RESPONSIBILITY
  • GROWTH












Ibu Pejabat :

CENDEKIAWAN EDUCARE GROUP
NO. 4, Jalan Persiaran Pinggiran Putra 4A,
Desa Pinggiran Putra,
43000 Kajang, Selangor

En Nasir : 018-9412789
Pn Nurhani : 0189037351
Office : 03-89209893


customercare.cendekiawan@gmail.com
Copywrite ©  2020 Cendekiawan Educare




Hubungi Kami

Your message has been sent successfully.
E-mail must be valid and message must be longer than 1 character.